K.A.W.A.N




Sesekali jadilah Kawan Yang suka Mendengar
dari Yang hanya Bercerita...
Ambillah Masa Untuk Memahami hati
dan perasaan Kawan...
Kerana Dia juga Seorang Manusia...
Dia juga ada perasaan Takut,
ada rasa Bimbang,Sedih dan Kecewa.....
Dia juga ada Kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan
sebagai Kekuatan....
Jadilah kita kawannya itu,
Kita selalu melihatnya ketawa..
Tapi Mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka....
Disebalik senyumannya itu
Mungkin banyak Cerita sedih
yang ingin diluahkan...
Disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan.
Kita tidak tahu...Tetapi
Jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu..


CINTA



Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian..Hari ini aku nak berkongsi sikit dengan korang semua mengenai "CINTA"...


Ape itu CINTA??? Bagi aku Cinta itu sesuatu yang indah...cinta membuatkan hati kita gembira..betul x?? korang pernah bercinta x?? kalau korang pernah bercinta, korang akan tahu perasaan tersebut...



Tapi CINTA tak akan indah tanpa PENGORBANAN..Biasala..Adat Bercinta.. Sebelum merasai manisnya BERCINTA..mestila merasa KEPAHITANNYA jugak kan..CINTA..CINTA...Begitu payahnya nak memahami CINTA ini..

Sembahyang Akhir Waktu..

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya ... ..Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu Tolnya " free " Sekatan tol tiada Tiada " jem " Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah...

Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi ... penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka.. Jatuh berderai ... Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga, La ... . Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai ... Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga Maka .. Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish ... . Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti

Ya Allah ... Ampunkan kami ... Kerana lalai ... Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Salam kepada semua kwn2 yg mnenali diri ini....Hari ini aku nak kongsi pengetahuan mengenai tanda2 kematian utk org islam....

Firman Allah SWT; Bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Tahun Baru 2010

Minggu ni aku cukup sibuk dengan kerja seharian...assignment..projek..huhu..tensionnya..sekarang ni pulak kene cari quotation price for the event...cmne ni ek??? da saper2 yg leh tolong x???

Aku kene manage time dengan sebaiknya coz mggu depan da midterm exam lak...aduss... kenapalah banyak keje sgt semester akhir ni?? Xleh ke lau gtau awal2.. Xde la penat sgt nak buat...Mcm ni ke kehidupan seorang pelajar?? Mane kebebasan kami???